Elaun Tesis & Latihan Industri JPA (2022)

Hi semua! Kalau korang merupakan pelajar JPA macam Sarah, korang boleh mohon elaun tesis dan latihan industri tau! Jadi, harini Sarah nak kongsi cara nak mohon elaun tesis dan latihan industri yang lengkap bagi pelajar tajaan JPA dalam negara. Harap post ini dapat bantu korang semua!

Elaun Tesis
Syarat-syarat:
• Pelajar boleh memohon sekiranya pelajar diwajibkan menyediakan tesis untuk menamatkan pengajian.
• Pelajar perlu memohon dalam tempoh 1 bulan selepas tamat pembentangan tesis.
• Permohanan boleh dituntut sekali sahaja sepanjang pengajian.

Dokumen yang perlu disediakan:
1) Borang permohonan (Sila semak di laman web esilav terlebih dahulu untuk borang terbaharu).

Contoh:
*Pada bahagian jumlah tuntutan, Sarah tulis RM300 kerana itu adalah jumlah maksimum yang diberi oleh JPA. 

2) Salinan kulit muka depan tesis yang telah disahkan oleh Dekan/ Ketua Jabatan/ Penyelia Kursus/ Penyelia Tesis di universiti anda.

Contoh:

Kemudian, kedua-dua dokumen ini perlu di hantar (pos atau serahan) pada alamat:

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA, BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN,
ARAS 4, BLOK C2, KOMPLEKS C,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62510 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA, MALAYSIA
(u.p.: Unit Pengurusan Kewangan) 
Emel: bayaran.bmi@jpa.gov.my

Elaun Latihan Industri
Syarat-syarat:
• Pelajar boleh memohon sekiranya pelajar tidak menerima elaun dari syarikat latihan industri.
• Pelajar boleh memohon sekiranya penginapan tidak disediakan oleh syarikat latihan industri. 
• Tempoh latihan industri tidak melebihi 3 bulan (tidak termasuk hari cuti awam/umum/hujung minggu).
• Jarak syarikat latihan industri melebihi 25km dari universiti/rumah kediaman.
• Pelajar perlu memohon dalam tempoh 1 bulan selepas tamat latihan industri.

Dokumen yang perlu disediakan:
1) Borang permohonan (Sila semak di laman web esilav terlebih dahulu untuk borang terbaharu). 
*Borang tuntutan latihan industri sama je dengan borang tuntutan elaun tesis.

Contoh:
*Pada bahagian jumlah tuntutan, Sarah kosongkan sebab JPA akan bagi elaun berdasarkan hari kita bekerja.

2) Surat permohonan latihan industri oleh universiti kepada majikan.

3) Surat penerimaan/pengesahan latihan industri oleh majikan bersama kenyataan yang pelajar tidak menerima sebarang elaun.

4) Surat pengesahan tamat latihan industri. 

5) Rekod kehadiran sepanjang latihan industri - tuntutan bayaran berdasarkan hari bekerja tapi tidak termasuk hari cuti awam/umum/hujung minggu.
*Kalau korang pakai punch card, korang fotostat je punch card tu.
*Kalau korang pakai borang, korang fotostat je borang tu.
*Kalau korang tak de rekod apa2, buat jadual kehadiran yang detail dan minta cop dari majikan.

Kemudian, semua dokumen ini perlu di hantar (pos atau serahan) pada alamat:

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA, BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN,
ARAS 4, BLOK C2, KOMPLEKS C,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62510 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA, MALAYSIA
(u.p.: Unit Pengurusan Kewangan) 
Emel: bayaran.bmi@jpa.gov.my

Staff JPA akan call korang juga kalau ada sebarang masalah dengan dokumen yang korang pos. Jika korang ada sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan soalan korang di ruang komen! Nanti Sarah akan jawab 

Comments