Pengklonan manusia, haiwan dan tumbuhan. Menurut pandangan Islam adakah manusia mencabar Tuhan?

March 13, 2016

assalamualaikum wbt dan hi korang!

ha gempak tak tajuk post aku? hahaha ni sebenarnya tajuk pembentangan STKI dan alhamdulillah dah selesai pun. cuma kawan aku, alyaa request untuk aku buat penerangan pasal ni dekat blog aku dan disebabkan dia pembaca setia aku, aku kena tunaikan permintaan dia.. Jom mulakan! tapi aku buat sempoi-sempoi je la eh?


korang kenal dolly the sheep? haiwan mammals yang pertama diklonkan. aku ingat dolly ni haiwan pertama yang diklonkan tapi sebenarnya berudu merupakan haiwan pertama yang diklonkan pada 1952 tetapi tidak dihebahkan (tak tahu kenapa).

1953- seorang ahli embriology, Thong Dizhou telah klonkan seekor ikan tapi tak terkenal juga sebab jurnal yang dihasilkan pasal pengklonan ni dalam berbahasa cina dan tak diterjemahkan.

1997- dolly telah diklonkan tapi hanya hidup 3 tahun sebab ada penyakit paru-paru. masa tu heboh pasal "haiwan klon memang tak hidup lama". tapi saintis yang buat klon dolly ni menentang sebab dia cakap penyakit paru-paru ni memang penyakit yang biasa dijangkiti oleh biri-biri. tapi dolly ni telah dikawal ketat dengan sekuriti so mustahil dia boleh kena penyakit tu.

2002- seorang bayi bernama Eve telah diklonkan untuk pasangan suami isteri yang ada masalah kesukaran dapat anak. tetapi tidak berjaya. dalam sejarah, pengklonan manusia memang tidak pernah berjaya. semua mesti jadi cacat. dari info ni buat aku terfikir yang  kebesaran Allah memang tak boleh ditandingi oleh hamba-hambaNya.

scary kan? aku pun tak sanggup nak tengok lama-lama haha


hukum pengklonan ini pula telah dibincangkan sebanyak dua kali. 

pandangan panel kajian syariah pertama :
pengklonan manusia bagi pembiakan adalah haram tapi kalau untuk kajian diharuskan tetapi janin yang diklonkan harus dihapuskan sebelum 120 hari. pengklonan untuk organ pun haram sebab dikira sebagai melahirkan manusia yang cukup sifat tetapi pengklonan untuk memcipta sel bagi orang yang dah rosak diharuskan.

pandangan panel kajian syariah kedua :
pengklonan manusia bagi semua tujuan adalah haram tetapi penggunaan stem cell untuk dibuat sebagai perubatan adalah harus.

FATWA HUKUM PENGKLONAN

sudut aqidah
  • Wujudnya pertentangan terhadap tujuan Allah SWT menjadikan manusia serta meningkatkan darjat mereka kepada sebaik-baik kejadian.
  • Bertindak di luar daripada peraturan yang telah ditentukan Allah SWT iaitu kelahiran manusia atau keturusannya melalui perkahwinan.

sudut syariat
  • Manusia tidak harus dijadikan bahan percubaan.
  • Pengklonan manusia akan mengganggu sistem keturunan dan kesucian sistem kekeluargaan. 
  • Pengklonan juga membuatkan seorang wanita tidak memerlukan lelaki dan seorang isteri tidak memerlukan suami untuk mendapatkan anak.
  • Anak yang diklon bukanlah dilahirkan dari perkahwinan yang sah.
  • Anak klon tidak dapat diangkat menjadi anak sendiri.
  • Anak pengklonan tidak ada hubungan darah dan kerabat yang sebenarnya tidak berhak mendapat pusaka

sebenarnya, fatwa dia terlampau banyak tapi aku bagi sikit je sebab ini isi yang aku bincang masa pembentangan

topik terakhir...
kebaikan pengklonan:
memberi harapan kepada pasangan yang bermasalah untuk mendapatkan anak dan boleh digunakan untuk mengubati penyakit atau menggantikan organ yang telah rosak.

keburukan pengklonan:
akan melahirkan generasi manusia yang boleh mencipta manusia dan akan melahirkan manusia yang tidak mempercayai Tuhan dan Jangka hayat manusia klon adalah singkat kerana bayi klon akan mempunyai kromosom yang sama dengan usia penderma

itu saja penerangan daripada aku. kesimpulannya, pengklonan manusia memang haram tapi boleh dilakukan terhadap haiwan dan tumbuhan untuk keperluan manusia yang berfaedah. aku harap penerangan ni boleh tolong pelajar lain yang tengah buat assignment pasal tajuk ni gak dan kalau ada apa-apa soalan boleh tinggalkan komen kat post ni. adios♥

You Might Also Like

0 comments