Resipi Sup Sayur

February 09, 2016

assalamualaikum w.b.t dan hi korang!

setelah berasa diri dah makin tua dan dah layak untuk kahwin, aku buat keputusan untuk belajar masak dengan mama aku sepanjang cuti pertengahan sem ni. harini aku masak sup sayur dan senang rupanya! seronok gila bila masakan aku menjadi dan lebih-lebih lagi tengok keluarga aku makan dengan penuh selera. so achievement unlocked untuk dah reti masak sayur. 10% untuk kelayakan kahwin hahaha. jadi, harini terasa rajinlah nak update resipi kat blog hehe.


Sup Sayur

Bahan-bahan:

1) tomato dan kubis (potong ikut kreativiti) 
*boleh ganti dengan sayur yang korang suka
2) 1/2 bawang besar dan 3 ulas bawang putih (hiris halus)
3) sedikit minyak dan garam secukupnya untuk menumis
4) 1 sudu teh perencah ikan bilis

Cara-cara:

1) panaskan minyak dalam periuk
2) tumis hirisan bawang besar dan bawang putih 
3) masukkan garam dan serbuk ikan bilis
4) kacau sehingga naik bau
5) masukkan air yang mencukupi dan biar sehingga mendidih
6) masukkan kubis dan biarkan 5 minit
7) masukkan tomato
8) tutup air dan periuk
9) biar sebentar dan siap!

tapi sebenarnya masakan aku tak menjadi sangat sebab masa aku tumis bawang, ada hangus sikit (HAHA) dan aku termasuk tomato aku awal sangat maka lembik la tomato tu dan sup aku bertukar jadi warna merah (HAHA).


satu lagi benda yang aku nak share, ni buku resipi aku sendiri. buku resipi milik kakak aku tapi dia suruh aku sambung tulis. ada la dalam 15 resipi yang aku dah salin sebab baru je start tahun ni huhu.


setiap kali mama aku masak, aku tengok la dia buat macam mana dan salin cepat-cepat. kadang-kadang aku tanya mama aku terus tapi selalu gak kena marah dengan dia sebab kacau waktu rehat dia hehe. pernah je berangan mama aku hadiahkan aku satu buku dan dalam tu semua resipi masakan dia (wah!) tapi "angan-angan" dan mungkin aku nak buat untuk anak aku nanti :)

harini sup sayur. apa pula yang aku akan masak esok? nantikan~

You Might Also Like

0 comments